Sejarah


Sejarah

Sekolah Kebangsaan Saujana Indah (SKSI), terletak di antara Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) serta bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah (SMKSI).

Sekolah ini mula dibuka dengan rasminya pada 1 Januari 2002 di bawah kepimpinan En. Abdul Halim Bin Aris, yang bertindak sebagai Penyelaras. Guru Besar pertama, En. Mohd. Jamil bin Jaafar bertugas dari Januari hingga Jun 2002. Pada 16 Ogos 2002, En. Abdul Patah bin Iman telah dilantik menjadi Guru Besar bagi menggantikan En. Mohd. Jamil bin Jaafar yang bertukar ke Sekolah Kebangsaan Alma.

Majlis penyerahan kunci telah diadakan di antara pihak kontraktor iaitu Pembangunan Mesra dengan pihak sekolah pada 23 September 2002. SKSI mula dibina pada Januari 2001 di atas tapak seluas 7.5 ekar di Lot PT 342, Jalan Transkrian, Nibong Tebal, di bawah Akta Pelajaran. Tujuan penubuhan sekolah ini adalah untuk memberi peluang seluas-luasnya kepada kanak-kanak sekitarnya untuk mendapat pendidikan asas secara formal.

Sepanjang tahun 2002, SKSI menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat (SKPTM) dan berpindah ke bangunan sekarang dengan rasminya pada 1 Januari 2003.

Pada tanggal 16 Disember 2004, SKSI diterajui oleh Guru Besar yang ketiga iaitu Pn. Wan Laila Binti Megat Noordin.


0 comments :