MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 15

Mesyuarat Agung PIBG SK Saujana Indah Kali ke 15 telah diadakan pada 20 Februari 2016. Mesyuarat kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari segi kehadiran ibubapa berbanding tahun-tahun sebelumnya. 

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh YDP PIBG En. Ahmad Zulfaa bin Mohamed Kassim dan dirasmikan oleh Guru Besar SK Saujana Indah, Tuan Haji Ibrahim bin Zainal. Pembentangan mengenai kejayaan dan statistik pencapaian murid-murid telah diadakan. 

Seterusnya perbincangan mengenai usul untuk penambahbaikan sekolah telah diadakan. Beberapa usul dan cadangan telah dibincang dan diterima sebulat suara oleh hadirin mesyuarat. Selepas tamat mesyuarat, penyampaian Bantuan Awal Persekolah telah diadakan di Makmal Sains.











                


0 comments :